My Smart Naco Journal

Di sini di paparkan process saya menjadi insan yg akan berjaya insyaAllah!!!! bersama Smart Naco, Public Mutual dan Takaful Ikhlas

Sunday, October 23, 2005

Aku sudah Sampai ke Destinasi Pertama.....

Tak sangka rupanya hari dalam sejarah telah tiba. Aku berhenti makan gaji dari seorang Jurutera Kanan dari sebuah Syarikat Multinasional di Penang. Inilah masa yg aku tunggu-tunggu hampir lima thun yg lalu. Akhirnya setelah bersolat Istiharah aku mendapat ilham inilah masa nya.. namun masa depan bukanlah mudah... banyak kerja yg aku perlu lakukan.. , aku tidak lagi bertungkus lumus memerah tenaga dan pemikiran memberi keuntungan pada Syarikat multinasiaonal ini yg selalu menjanjikan pulangan bonus tahunan yg tinggi... namun habuk pun tak ada.

Setelah mendapat restu ibu dan Ister,i 2 bulan yg lepas aku telah tender resignation aku. Dan hari ini adalah hari bersejarah... 17 Ramadhan, ia pada 17 Ramadhan beberapa tahun lepas juga Ayah kesayangan ku Kembali ke Rahmatullah. Dan aku pula meninggalakan Company yg telah memerah keringat aku sampai aku sendiri kesakitan......

Aku sekarang akan focus pada Smart Naco dgn susu igg plus dan juga mengajak orang melabur melabur dan melabur dgn pulangan yg tinggi di Public Mutual.

InsyaAllah marilah kita berjuang untuk mertabatkan impian kita.. jangan toleh belakang lagi... dan terus ke hadapan.

Moga kita diberkati oleh Allah swt

Akhir Sekali, Jika anda sedang mencari peluang-peluang untuk menambah pendapatan atau ingin belajar sesuatu di luar dari pekerjaan anda ... sila hubungi saya... di http://www.zulkifli.ws

Bye....Selamat beribadat pada 10 malam terakhir Ramadhan.... jgn lepas peluang ini

0 Comments:

Post a Comment

<< Home